APA USAHAWAN BARU TIDAK LAKUKAN

 

Memulakan perniagaan tentunya sesuatu yang agak teruja. Lebih-lebih lagi bagi usahawan yang baru. Namun, usahawan baru mungkin kurangnya pengalaman dalam perniagaan dan terlepas pandang beberapa perkara penting sebelum memulakan perniagaan.

Berikut adalah 3 perkara yang sering ditinggalkan oleh usahawan baru, tetapi amat-amat penting bagi usahawan yang berpengalaman!

  1. Apabila merancang, ramalkan keuntungan yang kurang dan perbelanjaan yang lebih

Sering kali apabila memulakan perniagaan kita akan melakukan ramalan perbelanjaan dan keuntungan. Selalunya ramalan perbelanjaan yang dilakukan adalah rendah manakala ramalan keuntungan pula adalah tinggi.

Bagi mereka yang berpengalaman dalam perniagaan tentunya tahu pelbagai masalah yang tidak diduga akan muncul. Ramalan bukan sahaja perlu realistik, tetapi juga diberi ruang sekiranya ramalan tidak menjadi benar terutamanya tersasar.

CARA: Teruja dalam memulakan perniagaan sentiasa membuatkan kita fikir perbelanjaan adalah rendah dan untung adalah tinggi. Perlu berhati-hati terutamanya usahawan yang baru!

  1. Sentiasa selidik dan analisa pasaran

Penyelidikan dan analisa pasaran adalah sesuatu yang agak membosankan. Mana taknya, iabukan lah aktiviti yang dapat lihat dek mata menjana keuntungan. Tidak seperti pemasaran atau berjumpa dengan pelanggan.

Namun, penyelidikan dan analisa pasaran adalah amat penting khususnya untuk perniagaan baru. Lihat sahaja perniagaan besar-besaran yang sanggup melaburkan jumlah wang yang besar untuk melakukan pelbagai penyelidikan dan analisa.

CARA: Perniagaan kecil-kecilan, walaupun tidak perlu melaburkan wang yang besar, namun sekurang-kurangnya perlu melaburkan masa dalam penyelidikan dan analisa supaya dapat mengenal pasti sasaran pasaran dan perbaiki sebarang kelemahan perniagaan.

  1. Tambahkan ilmu akan menambahkan pendapatan

Terlalu ramai usahawan baru hanya terus terjun dalam bidang perniagaan tanpa ilmu perniagaan. Akhirnya, mengeluh mengatakan sukar untuk mendapat pelanggan, sukar untuk bersaing, sukar mendapat keuntungan tinggi dan seribu satu lagi alasan termasuk keadaan ekonomi yang tidak mengizinkan.

Cara untuk berjaya dalam perniagaan adalah dengan menambahkan ilmu perniagaan. Lihat sahaja perniagaan yang hebat atau pesaing anda yang hebat. Mengapakah perniagaan mereka terus berkembang maju walaupun melalui cabaran yang sama?

CARA: Jawapannya adalah mereka mempunyai ilmu perniagaan yang lebih. Jangan hanya terjun dalam bidang perniagaan tanpa ilmu, cari ilmu terlebih dahulu untuk menambahkan pendapatan perniagaan.

Adakah anda usahawan baru yang sentiasa dahagakan ilmu untuk mahirkan diri anda untuk lebih berjaya? KLIK SINI

Dapatkan sekarang dan BONUS, produk “24 Tabiat Jutawan 24 Jam” bernilai RM150 secara percuma. Tawaran percuma terhad!

TIDAK SEMUANYA INDAH APABILA BERJAYA

Ada pepatah mengatakan bahawa, untuk berjaya adalah sukar. Tetapi, untuk terus menahan kejayaan di pucak adalah jauh lebih sukar.

 

Kita sedia ketahui pelbagai rintangan dan halangan akan mengundang kita dalam perjalanan mencapai apa sahaja kejayaan yang dibanggakan. Ianya adalah lumrah hidup untuk menembusi segala halangan dan rintangan sebelum mencapai sebarang kejayaan. Namun, apabila sampai ke puncak kejayaan, bukan semuanya menjadi MUDAH

Adakalanya ianya menjadi semakin sukar untuk menahan posisi kita di puncak kejayaan!Mungkin anda pernah dengar kisah seperti apabila seseorang itu berjaya, nanti, ada pula pihak yang akan iri hati dan cuba menjatuhkan orang tersebut. Hendaknya, kita dijauhkan daripada musibah seperti ini, namun, pada hakikat, ada kalanya dan sering kali juga ia berlaku.Apabila mencapai kejayaan, seseorang itu pasti akan menarik tumpuan orang ramai. Kebanyakannya akan menyokong dan merestui kejayaannya. Ramai juga akan jadikan kejayaannya sebagai model kejayaan mereka.

Tetapi, ada juga segelintir yang akan tidak senang dengan pencapaian tersebut.Sejarah silam menunjukkan perkara sebegini berlaku. Beratus ribu rakyat India mencintai Gandhi, beribu juga yang membencinya.  Beratus ribu rakyat menyukai seseorang pemerintah, beribu juga pembangkang yang membencinya. Seorang penyanyi yang mempunyai beratus ribu peminat setia, pasti sahaja mempunyai beribu yang tidak menyukainya.

Apabila anda berjaya, pasti ada segelintir yang tidak senang dengan kejayaan anda. Di sinilah rintangan dan halangan yang lebih besar perlu anda tempuhi.Berita baiknya adalah, dalam perjalanan mencapai kejayaan, pelbagai rintangan yang kita lalui akan kita harungi dengan semangat yang kuat.

Ilmu dan pengalaman kita dalam mengharungi rintangan dan halangan ini akan menguatkan diri kita dalam menangani halangan dan rintangan apabila berjaya kelak. Sebab itu, perjalanan mencapai kejayaan adalah perjalanan memantapkan lagi diri kita untuk halangan yang menunggu di mercu kejayaan.Ada masanya kita akan bertemu golongan yang iri hati dengan kejayaan kita.

Nasihat saya adalah untuk bersyukur sekiranya ini terjadi. Bersyukur?  sudah buang tebiat ke?

Pertama sekali, ketahui bahawa, sekiranya ada orang iri hati dengan kita, ia adalah tanda-tanda awal bahawa kita sudah keluar dari kepompong kesederhanaan. Di dunia, hanya 5% sahaja masyarakat yang berusaha keluar daripada kepompong kesederhanaan. 95% akan berasa selesa dengan keadaan sementara.


Tiada masalah sekiranya anda selesa dengan keadaan sementara anda, tetapi, yang menjadi masalah adalah golongan yang tidak selesa dengan mereka yang 5% tersebut.

Kedua, tuhan Maha Adil. Lebih banyak dugaan yang perlu anda lalui, lebih banyak pahala dan pulangan yang anda akan terima sekiranya anda dapat menangani segala dugaan tersebut dengan penuh kesabaran. Segala dugaan adalah untuk anda memperkuatkan lagi rohani anda untuk dunia dan juga akhirat.

Ketiga, ketahui bahawa, manusia mempunyai sistem motivasi automatik yang dikenali sebagai “survival instinct”. Maksudnya seperti sekiranya seseorang itu di campak ke pulau yang tidak mempunyai penduduk, “survival instinct”nya akan berusaha mencari makanan dari buah-buahan, mencari makanan melalui ikan di laut, menadah air hujan untuk minuman, membina tempat berteduh daripada ranting-ranting dan daun-daun. Kita sedia maklum melalui filem-filem layer perak keadaan ini.

Konsep “Survival Instict”  berkesan apabila keadaan kita menjadi tertekan. Apabila ada pihak yang iri hati dan cuba untuk menjatuhkan kejayaan kita, “survival instinct” akan bermula dan fikiran kita akan menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam menangani apa sahaja rintangan. Semangat kita akan menjadi lebih membara dalam mengharungi apa sahaja rintangan. Jiwa kita akan di sentuh dan memberi semangat untuk membuktikan kejayaan kita dan menunjukkan kepada mereka yang ingin melihat kita gagal bahawa mereka adalah salah. Bak pepatah Melayu, “Pantang di cabar!”

Sebab itu juga, sering kita mendengar kisah-kisah kejayaan mereka yang kaya-raya bermula daripada kemiskinan. Mereka pada asalnya hidup dengan susah dan kemudian berusaha untuk memperbaiki diri keluar dari kesusahan itu. Survival instinct memainkan peranan dalam keadaan tertekan!

Apabila anda di dalam  perjalanan untuk mencapai kejayaan yang cemerlang, ketahui rintangan-rintangan sebegini di hadapan. Bukan untuk menakut-nakutkan anda mengenai kejayaan, tetapi, sekadar memesan supaya anda bersedia menanganinya.Kini, anda mengetahui keadaan ini, terdapat satu konsep kejayaan yang sering digunakan oleh mereka yang berjaya.

Konsep tersebut digelar “Inverse Paranoid”.Paranoid, bermaksud kita sering gelisah dan risau tentang keadaan sekeliling. Sebagai contoh, kita risau untuk berjaya oleh kerana takut nanti ada pula pihak yang akan menjatuhkan kita. Kita risau untuk berjaya kerana takut pula ada yang akan mengkhianati kita. Kita risau untuk berjaya kerana takut kita akan rebah dan jatuh semula.Tetapi, konsep “Inverse Paranoid” pula bermaksud, untuk kita sering fikirkan bahawa orang ramai mahu kita berjaya, orang ramai akan membantu kita untuk berjaya dan orang ramai akan sedaya upaya menyokong kita untuk berjaya.

Dalam mencapai kejayaan, tanamkan konsep Inverse Paranoid dalam hidup anda. Walaupun mungkin sebilangan kecil tidak akan menyebelahi kejayaan anda, tetapi penuhi fikiran anda bahawa seluruh dunia ingin melihat anda berjaya dan bersedia membantu anda mencapai puncak kejayaan!

Kredit Artikel DR IK.

Ingin mengetahui bagaimana mengembangkan bisnes bermula kecil sehingga ke peringkat Globalpreneur? KLIK SINI

Dapatkan sekarang dan BONUS, produk “24 Tabiat Jutawan 24 Jam” bernilai RM150 secara percuma. Tawaran percuma terhad! GRAB SEKARANG!!

6 CIRI MESTI ADA PADA USAHAWAN

Nak jadi usahawan berjaya bukan mudah. Kena konsisten dan fokus pada matlamat yang jelas apa yang kita nak capai .

Berikut merupakan tips yang wajib ada pada usahawan jutawan. Jika nak tahu lebih lanjut klik SINI 

Jom tonton video berikut dan  sama -sama ambil manfaat dari video ini.

p/s : Dapatkan sekarang dan BONUS, produk “24 Tabiat Jutawan 24 Jam” bernilai RM150 secara percuma. Tawaran percuma terhad! KLIK SINI

Kredit-IK youtube

[BONUS TERHAD] KISAH SEEKOR GAJAH

Kisahnya begini…

Satu ketika itu, ada seorang pengembara. Dia mengembara ke India. Memang macam-macam yang dilihatnya dalam setiap pengembaraannya tetapi, apa yang dilihat ketika itu, sangat menarik perhatiannya…

kredit Bobo id grid

Si pengembara ternampak seekor gajah yang besar di mana kakinya terikat dengan tali yang kecil pada kayu yang kecil. Namun begitu, gajah itu tidak lari kemana-mana pun.

Walaupun hanya dengan satu-dua langkah sahaja, gajah itu dapat membebaskan diri tambatnya itu. Mana taknya, tali dan kayu yang menambatnya tu kecil sahaja. Tetapi, gajah itu tidak bergerak. Hanya menunggu di situ sahaja.

Pengembara pun bertanya pada penjaga gajah itu.

“Mengapa gajah ini tak lari dan bebaskan diri?”

Dan jawapan yang diberi oleh penjaga gajah itu sangat mengejutkan.

Katanya, sejak gajah itu dilahirkan kecil, gajah itu ditambat dengan tali dan kayu yang kecil. Ketika itu, tali dan kayu yang kecil itu, sudah cukup kuat untuk menambat gajah itu dan gajah kecil ketika itu tidak dapat membebaskan dirinya untuk bertahun-tahun.

Apabila gajah semakin besar, tali dan kayu yang sama digunakan. Walaupun gajah semakin besar dan kuat, tetapi, dalam fikiran gajah tersebut tali dan kayu kecil itu adalah sangat kuat dan mustahil untuk membebaskan dirinya. Walaupun pada hakikatnya, sangat mudah untuk gajah itu berlari bebas.

Jawab penjaga gajah itu kepada pengembara yang kelihatan tidak percaya.

Itulah kisahnya.

Dan begitu jugalah kita sebagai manusia. Sering kali, kita fikir kita tidak dapat lakukan sesuatu itu oleh kerana sejak dulu lagi kita fikirkan ianya adalah mustahil. Ianya adalah susah. Mungkin kerana persekitaran kita telah menjadikan kita seperti itu.

Padahal, sebenarnya, ianya adalah kepercayaan sahaja di dalam diri kita sendiri yang kita fikirkan melalui pengalaman dan persekitaran kita yang lepas. Penghalang utama kita hanyalah diminda kita.

Think about it. Adakah kita umpama gajah tersebut? Tertambat dengan tali kecil dan kayu kecil yang menjadikan kita percaya bahawa kita tidak boleh berjaya melakukan sesuatu itu?

Satu ketika dulu saya juga begitu sebenarnya. Saya tidak yakin bahawa saya boleh berjaya oleh kerana saya pernah gagal dalam perniagaan.

Tetapi, ianya hanyalah diminda sahaja. Apabila saya buang jauh-jauh perasaan tersebut, seumpama tiada apa yang mustahil. Dan apa yang menghalang saya selama ini hanyalah di minda sahaja.

Ingin saya membantu anda memulakan perniagaan online atau kembangkan perniagaan sedia ada anda? KLIK DISINI.

p/s : Dapatkan sekarang dan BONUS, produk “24 Tabiat Jutawan 24 Jam” bernilai RM150 secara percuma. Tawaran percuma terhad! GRAB SEKARANG

7 SEBAB SAYA JATUH CINTA PADA BISNES AFFILIATE PRODUK DIGITAL

Bisnes Internet banyak mengubah masyarakat hari ini untuk menjana pendapatan hanya dari rumah.Kewujudan media sosial yang merupakan flatform untuk menarik prospek bertukar menjadi pembeli, menjadikan bisnes ini mampu membuatkan sesiapa sahaja dapat menjana pendapatan, jika betul dengan caranya.

Berikut merupakan 7 sebab mengapa bisnes affiliate produk digital menjadi PILIHAN UTAMA saya berbanding bisnes produk fizikal.

 

1. Join tanpa modal.

Anda daftar sahaja program tersebut, tak perlu bayar apa-apa pun, apabila sudah dapat link tugas anda hanya promosi dengan kaedah yang betul seperti yang diajar oleh tuan punya produk berkenaan.

2. Hanya Boleh dilakukan dari rumah saja.

Rumah tempat yang paling selesa bagi melakukan bisnes ni,,Anda releks dan goyang kaki jer. hanya berbekalkan PC, talian internet dan strategi yang betul memang kita boleh jana pendapatan dah. tak perlu bersesak, susah payah keluar kerja dengan hadap traffik jam lagi, dan 1001 masalah di jalan.

3.Tak perlu susah payah sediakan bahan promosi , memang dah siap-siap tuan punya produk sediakan.

Haa, yang ni paling best, seperti yang kita tahu, nak sediakan sesuatu produk yang ada permintaan yang tinggi bukan mudah, kita kena lakukan research, persaingan, bahan promosi dan sbgainya. Silap-silap produk sendiri terbengkalai. Dengan affiliate ni kita just gunakan apa yang dah siap-siap tersedia untuk promosikan sahaja.

4. Kita boleh lakukan full Time atau part time.

Kita bebas untuk memilih masa untuk lakukan promosi, tak terikat dengan mana-mana dateline dan sebagainya, tapi target kita memang kena sentiasa ada , contohnya promosikan pada 150 orang setiap hari sekurang-kurangnya,atau lebih , insyaallah sales boleh masuk, semakin banyak yang kita target , semakin byk yang kita dapat.

5.Dapat belajar marketing dengan model bisnes yang betul.

Ya, bisnes internet ni kalau takde mentor or sifu memang ke laut,bisnes affiliate adalah cara yang paling simple dan mudah untuk belajar cara bagaimana nak promosi cari cold prospek, tukar jadi warm kemudian hot seterusnya menjadi pelanggan setia kita. Kita follow sahaja model bisnes ni insyaallah boleh berjaya.

6.Jimat masa.

Tak perlu gi pos office nak pos barang seperti produk fizikal, beratur panjang, habiskan duit tuk beli minyak, just duduk depan pc, duit masyuk, kemudian produk send melalui email sahaja.

7.Income yang masyukk.

Nak dapat income masyukk ni cari produk yang harganya separuh, or 50% dari harga produk sebenar, yang owner produk akan beri kat kita .so kiralah jika 2000 prospek dapat kita kumpul dalam mailinglist,darabkan sahaja, contoh harga produk yang kita perolehi rm 70x 2000=??  haa kira sendiri ye.. ambil kalkulator.

Sekian perkongsian kali ini, jumpa lagi.

So nak jana pendapatan masyukk hanya dari rumah? KLIK SINI

P/S : Dapatkan ilmu yang proven untuk teknik dan strategi  menjana pendapatan haya dari rumah. KLIK SINI

 

3 CARA UNTUK YAKINKAN DIRI UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN

Keyakinan diri memang diperlukan dalam memulakan perniagaan. Lebih-lebih lagi bagi kita yang tidak mempunyai pengalaman memulakaan perniagaan, atau yang pernah gagal dalam perniagan.

 

Dalam apa sahaja buku motivasi kejayaan, sering ditekankan untuk mempunyai keyakinan diri sebagai langkah pertama. Tanpa keyakinan diri, semuanya tidak menjadi. Begitu juga dengan perniagaan.

Berikut adalah 3 tip cara meningkatkan keyakinan diri untuk memulakan perniagaan…

  1. Jangan bandingkan diri anda dengan orang lain

Sering kali kita melihat kejayaan orang lain, dan kita merasa diri kita kecil dan tidak mampu capai kejayaan seperti mereka. Mana taknya, tambahan di zaman media sosial kini, pelbagai kisah kejayaan dipaparkan di media sosial.

Gaya hidup mereka yang bergelar “usahawan” umpama gaya hidup yang hebat dan sempurna. Maklumah, resmi media sosial, itulah yang sering di war-warkan dan ditunjukkan.

Kisah kegagalan, kesedihan, kesusahan ketika menghadapi cabaran perniagaan sangat kurang dikongsikan. Apa yang kita sering lihat adalah kejayaan, dan segalanya sempurna.

Sekiranya ini memberi inspirasi kepada kita, maka tidak mengapa.

Tetapi, sebaiknya, jangan dibandingkan. Manusia mempunyai bakat, kebolehan, sumber yang berbeza. Bandingkan diri kita dengan diri kita sendiri. Perbaiki diri kita supaya lebih baik dari semalam, bulan lepas dan tahun lepas.

Usaha untuk perbaiki diri sendiri sahaja. Sekiranya ingin mulakan perniagaan, apa kata mulakan sahaja dan timba ilmu dan pengalaman untuk diri sendiri. Usah dibandingkan dengan orang lain.

  1. Sentiasa fikir positif!

Satu ketika dulu, ketika saya masih lagi muda, saya TIDAK MAHU jadi kaya!

Ini kerana, saya sering kaitkan orang “Kaya” sebagai sesuatu yang jahat, atau berdosa, atau tidak baik. Maklumah, sejak kecil lagi sering menonton TV watak-watak jahat semuanya orang kaya sahaja. Mana taknya, sedangkan filem P Ramlee juga, watak-watak jahat adalah orang kaya.

Oleh kerana pemikiran negatif ini, membuatkan saya tidak yakin dan tidak mahu memulakan perniagaan dan berjaya.

Sehingga saya mula kaitkan perkara-perkara positif mengenai perniagaan, kejayaan, dan kekayaan, ketika itulah baru saya mula berani dan yakin untuk mulakan perniagaan.

Fikirkan, apakah perkara-perkara negatif yang menghalang anda dari mulakan perniagaan? Adakah takut gagal? Takut tiada masa? Takut apa pula orang kata? Takut tidak mendapat sokongan? Dan sebagainya…

Buangkan fikiran-fikiran ini jauh-jauh. Berdamping bersama mereka yang lebih positif dan mereka yang mempunyai matlamat yang sama, iaitu memulakan perniagaan. Ini pasti akan memberi anda pemikiran yang lebih positif lagi untuk bermula!

  1. Punyai matlamat dan visi yang jelas

Sekiranya matlamat anda samar-samar, keyakinan juga akan turut samar-samar.

Punyai matlamat dan visi yang sangat jelas.

“Saya ingin mulakan perniagaan”

Matlamat ini tidak cukup. Ianya tidak jelas dan agak subjektif.

Tetapi, cuba letakkan matlamat dan visi yang lebih jelas seperti:

“Saya ingin mulakan perniagaan menjual produk kesihatan melalui internet, dan selepas 6 bulan ingin menjana pendapatan RM10,000 setiap bulan!”

Matlamat sebegini adalah lebih tepat dan jelas!

Mempunyai matlamat yang lebih jelas akan memberi keyakinan kepada diri kita sendiri sekiranya kita sering fikirkan dan ulangkan matlamat tersebut dalam kepada kita.

Ianya seakan-akan memberi hala tuju dan sasaran untuk kita fokus pada usaha kita. Apa yang kita perlu lakukan seterusnya adalah…

BERMULA!

Keyakinan diri bukanlah sesuatu yang dimiliki secara semulajadi pada semua orang. Sesetengah kita memang sedia mempunyai keyakinan diri yang tinggi, mungkin dari cara kita membesar.

Seperti saya, saya seorang yang pemalu, pendiam, dan tidak mempunyai keyakinan diri satu ketika dulu. Tetapi, apabila langkah demi langkah, dan sedikit demi sedikit memperbaiki diri saya sendiri, keyakinan diri pun datang!

Banyak tips dan strategi untuk membantu perniagaan kecil-kecilan berkembang DI SINI.

Juga ada cara dan strategi yang berkesan bagaimana untuk membina MINDSET yang sentiasa yakin untuk sustain dan maintain dalam perniagaan GRAB SEKARANG

 

 

 

 

 

 

 

 

 

5 SEBAB KITA SUKAR BERJAYA

Terasa susah untuk berjaya? Memanglah. Kalau kejayaan itu mudah untuk dicapai pastinya semua orang dikeliling kita sudah berjaya mencapai matlamat mereka. Tetapi, itu bukanlah halnya. Ramai yang bergelut untuk berjaya dan terasa sukar untuk mencapainya.

 

Sebabnya? Berikut adalah 5 sebab mengapa kita sukar berjaya dan penyelesaiannya…

  1. Tidak mendapat sokongan

Untuk berjaya, sokongan orang sekeliling amat diperlukan. Tanpa sokongan, mood pun akan hilang, tenaga pun akan berkurangan. Dalam keadaan tidak mendapat sokongan orang dikeliling, kita akan merasakan umpama kita seorang diri sahaja yang inginkan kejayaan. Amat sunyi akan terasa. Apatah lagi sekiranya bukan sahaja tidak mendapat sokongan, tetapi pula mendapat kritikan dan kutukan untuk berjaya.

Penyelesaian: Cari dan sertai kumpulan atau kenalan yang sentiasa positif dalam bidang apa yang anda ingin capai.

  1. Fikir ilmu sudah cukup

Kita fikir ilmu kita sudah cukup untuk berjaya dan tidak memerlukan lagi ilmu tambahan. Adakalanya kita tahu sesuatu ilmu tu, dan dalam hati terdetik “Eleh, aku pun tahu nak buat camtu” tetapi, hakikatnya, TAHU dan LAKUkan adalah dua perkara yang berbeza. Ilmu yang ada dalam diri sendiri sekiranya tidak diamalkan pastinya tidak memberi pulangan apa-apa.

Penyelesaian: Jangan sombong pada ilmu. Amalkan pembelajaran sepanjang hidup. Apa sahaja ilmu yang kita ada kini, hanyalah satu titik dari lautan ilmu yang begitu luas.

  1. Tidak mempunyai matlamat bermakna

Untuk mencapai sesuatu, pastinya perlu mempunyai matlamat. Namun, matlamat yang akan memberi motivasi kepada anda adalah matlamat yang bermakna pada diri anda- matlamat yang benar-benar mempunyai manfaat kepada anda, keluarga atau orang tersayang. Matlamat yang tidak bermakna tidak akan memberi sebarang motivasi untuk jangka masa panjang. Hanya motivasi singkat bak kata, hangat-hangat tahi ayam.

Penyelesaian: Tanyakan soalan utama iaitu mengapa anda ingin mencapai matlamat kejayaan anda. Apakah sebab utamanya yang dapat memberi anda motivasi dan semangat yang berterusan?

  1. Tidak yakin kejayaan boleh dicapai

Adakalanya kita sering berasa ragu-ragu dengan kebolehan diri sendiri untuk melakukan perkara yang hebat. Bukan sahaja tiada sokongan dari orang luar, ini kan pula tiada sokongan dalam diri sendiri bila apa yang kita selalu fikirkan adalah kegagalan, kesusahan, kejatuhan dan ketakutan! Apa yang kita lihat adalah orang lain adalah lebih hebat dari kita dan mereka yang patut berjaya. Bukan kita.

Penyelesaian: Fikir positif sentiasa. Jangan takut pada kegagalan kerana kegagalan akan memberi pengalaman dan ilmu yang amat berharga. Penuhi fikiran dnegan kata-kata positif selalu.

  1. Mudah putus asa

Kejayaan datang dengan pelbagai cabaran. Adakalanya cabaran yang membuatkan kita terasa lemas dan buntu. Ada masanya pula kita tidak tahu lagi apa perlu dilakukan dan hanya memikirkan untuk putus asa oleh kerana tiada lagi jalan penyelesaian dan terasa penat berusaha namun terus gagal.

Penyelesaian: Sering kali kejayaan akan datang hanya sedikit sahaja lagi sebelum putus asa. Apabila dalam keadaan tertekan, di situlah idea yang lebih baik akan datang dan usaha yang lebih hebat akan dipaksa keluar dari diri anda. Jangan putus asa, tetapi cara penyelesaiannya dengan cara yang lain.

 

Pelajari bagaimana mengembangkan perniagaan SOLOPRENEUR ke arah GLOBALPRENEUR dengan modal yang minima? KLIK SINI

Kita hendaklah sentiasa bermindset positif walaupun sukar, minta Allah tetapkan hati, kadang-kadang hati berbolak-balik, untuk mencapai kejayaan. KLIK SINI jika ingin mengetahui lebih lanjut bagaimana teknik dan strategi berkesan untuk mencapai kejayaan.

CARA MENETAPKAN MATLAMAT YANG REALISTIK

Pernah saya baca- semua matlamat adalah realistik. Cuma masa untuk mencapainya  sahaja yang tidak realistik.

Ada betulnya di situ.

 

Matlamat nak jadi jutawan dalam masa 1 tahun? Mungkin kurang realistik untukramai. Tetapi matlamat nak jadi jutawan dalam masa 10 tahun, ianya lebih realistik!

Matlamat nak gandakan keuntungan perniagaan 2-3 kali ganda dalam masa seminggu? Mungkin kurang realistik. Teapi, matlamat meningkatkan keuntungan perniagaan 20-30% dalam masa satu bulan adalah lebih realistik!

Dalam menetapkan matlamat, ianya penting untuk anda tetapkan matlamat yangrealistik. Yang boleh diterima dek akal fikiran. Matlamat yang terlalu besardan terlalu singkat masa untuk mencapainya, akan menyukarkan proses untukmencapainya.

Ini akan terjadi…

  1. Matlamat yang tidak realistik akan dilihat terlalu besar dan sukar untuk dicapai. Mungkin pada awalnya akan rasa seronok dan bermotivasi untukmencapainya, tetapi apabila nampak kesusahan dan cabaran untuk mencapainya, iaakan menjatuhkan motivasi kita dan mudahkan kita untuk putus asa kerana ianya terlalu sukar.
  1. Matlamat yang terlalu besar akan membuatkan kita rasa “overwhelmed” dan terlalu banyak yang perlu difikirkan, seakan terlalu besar dan tidak tahu bagaimana hendak bermula. Terlalu besar, tidak nampak langkah-langkahseterusnya. Terlalu besar tak tak dapat gambarkan cabaran-cabaran yang bakal dilalui.
  1. Matlamat yang tidak realistik juga akan kurang mendapat sokongan dari merekadisekeliling anda. Memang tidak dapat dinafikan, dalam mencapai sesuatumatlamat yang berbaloi, ia memerlukan bantuan dan sokongan pihak lain.Sekiranya pihak lain melihat matlamat anda tidak realistik, dan tidak yakinianya boleh dicapai, mungkin anda tidak akan mendapat bantuan dan sokongan yang anda perlukan.

Ada pepatah mengatakan “Shoot for the stars, if you don’t reach it, you will still land on the moon”

Mengatakan bahawa kita perlu meletakkan matlamat yang tinggi. Sekiranya tidak capai, pastinya pencapaian itu masih tinggi.

Ada benarnya kata-kata ini. Namun, pastikan apa yang dituju masih lagi matlamat yang tinggi untuk dicapai, tetapi realistik dan boleh dicapai.

Dan inilah langkah anda seterusnya…

Satu soalan yang anda boleh fikirkan dalam menetapkan matlamat yang realistik adalah:

Apakah matlamat yang paling besar yang anda boleh tetapkan, yang anda rasakan anda tidak akan gagal mencapainya?

Mulakan dengan soalan ini. Kemudian, beri masa yang cukup untuk mencapai matalamat ini.

Pecahkan matlamat yang besar itu menjadi matlamat-matlamat yang lebih kecil dan bahagikan waktu untuk mencapainya kepada jangka masa yang lebih singkat.

Sebagai contoh, untuk mencapai pendapatan RM1,000,000 dalam masa 1 tahun, mungkin tidak realistik.

Tetapi, untuk mencapai pendapatan RM1,000,000 dalam masa 10 tahun, bererti, menjana pendapatan RM100,000 setahun, bermaksud perlu menjana RM8,333 sebulan dan ini dapat dicapai dengan cara menjana pendapatan RM278 setiap hari!

Inilah yang dimaksudkan dengan matlamat yang realistik dan bagaimana anda boleh mencapainya. RM278 sehari adalah lebih mudah untuk dicapai bukan?

Nak Tahu Kaedah Sebenar Menetapkan MATLAMAT REALISTIK? KLIK SINI

http://bit.ly/2kkNEXq

http://bit.ly/2kkNEXq

http://bit.ly/2kkNEXq

p/s : Ilmu yang sangat mahal takde kat mana-mana KLIK SINI http://bit.ly/2kkNEXq

APA DIA PENGIKLANAN

 

Pengiklanan adalah slogan. Pengiklanan juga boleh di ibaratkan seperti menari dan menyanyi di televisyen. Selain itu, ia juga boleh di ibaratkan seperti memberitahu sesuatu kepada masyarakat mengenai produk anda.

Jika anda berfikir seperti di atas, anda salah.

Pengiklanan bermaksud menjual.

Apabila anda melakukan pengiklanan, anda sedang menjual. Ketika anda beriklan di televisyen, anda sedang menjual kepada penonton iklan tersebut. Begitu juga ketika anda beriklan di surat khabar, anda sedang menjual kepada pembaca surat khabar tersebut.

Jika kita hendak menjual sesuatu secara berhadapan, sudah tentu kita perlu tahu apa yang kita perlu cakap untuk memikat pelanggan. Namun, jika kita ingin menjual melalui pengiklanan, kita perlu tahu apa yang perlu di tulis.

Jadi, matlamat kita di dalam pengiklanan adalah mencari ayat jualan yang benar-benar berkesan. Memandangan ayat jualan adalah seseuatu yang tidak ada jaminan, kita perlu sentiasa mencuba, mencuba dan terus mencuba.

Katakan teknik A menghasilkan 2 jualan dari 100 pelanggan manakala teknik B menghasilkan 3 jualan dari 100 pelanggan. Apabila kita kira dalam skala yang besar, teknik B akan menghasilkan lebih jualan dari teknik A. Namun, jika anda perhatikan, teknik A juga ada hasilkan jualan.

Di sini, anda ada dua pilhan sama ada untuk memperkembangkan teknik A dan dalam masa yang sama membelanjakan lebih wang untuk teknik B atau mematikan teknik A dan menumpu perhatian penuh pada teknik B semata-mata.

Tetapi, dalam masa yang sama anda perlu menghasilkan teknik C dan D untuk mencari ayat jualan yang benar-benar berkesan. Satu yang anda perlu tahu mengenai promosi adalah ia tidak pernah berakhir kerana manusia berubah-ubah. Maka, anda perlu sentiasa mengikut perkembangan semasa untuk menghasilkan ayat jualan yang benar-benar berkesan.

Jika anda ingin bermula dari bawah untuk mencari ayat-ayat jualan yang benar-benar berkesan, saya rasa ia hanya akan membazirkan masa anda. Untuk jimatkan masa, saya rasa lebih baik untuk kita ikut sahaja teknik promosi yang telah terbukti berjaya.

Jika anda nak tau bagaimana seorang pemuda ini melakukan iklan berkesan secara online hanya dari rumah? Anda KLIK DI SINI

Mula-mula jual air tepi jalan, tak lama lepas tu beliau jual produk Affiliate secara online hanya dari rumah dengan hanya menumpu 1 teknik marketing yang efektif.

Apa dia teknik Efektif yang beliau guna? Semuanya beliau cerita di sini KLIK DI SINI 

Jumpa lagi.

ARINA HUSSIN

TRAFFIK

Kebanyakan pemilik bisnes beranggapan perniagaan internet ialah membina laman web kemudian menunggu trafik datang dengan sendiri, malangnya ia tidaklah semudah itu.

 

Untuk memastikan laman web anda berfungsi dengan baik, ia perlulah mempunyai rancangan pemasaran yang komprehensif. Itu tidaklah bermakna anda perlu mengeluarkan belanja ribuan ringgit untuk agensi pengiklanan! Anda boleh melakukan semuanya dengan sendiri.

Kali ini, saya akan kongsikan betapa pentingnya TRAFIK. Bukan sahaja TRAFIK malah ia perlu TARGETED!

Atau dalam bahasa mudah kita sebut TEPAT ke sasaran.

Jika anda nak bisnes anda makin meroket, jualan tak pernah surut, permintaan sentiasa tinggi, bisnes anda bertahan lama, maka WAJIB lah anda tarik TRAFIK sekarang!

Tapi masalahmya, di mana nak cari trafik yang targeted??

Jawapan mudah saya, carilah di laman web paling popular di dunia. Laman paling ramai orang lepak. Apa dia? Contoh Facebook, Google, dan lain-lain.

Dengan mudah anda boleh tarik 1000 2000 5000 10 000 trafik ke landing page anda.

Tapi Bagaimana caranya??

Semua ada dijelaskan di dalam Free Report ini. Rahsia pemuda ini ubah hidup 360 darjah.

Dari jual air tepi jalan, beliau jana pendapatan 5 angka hanya dari rumah.

Baca kisah beliau KLIK DI SINI

Sekian. Jumpa lagi.

ARINA HUSSIN