3 SEBAB KENAPA GAUN PENGANTIN HARGA RIBU RIBAN

Teks : Eryna Taylor.

Kredit : Google

Sekadar ingin berkongsi, saya pernah menjahit pakaian pengantin anak cikgu saya, 2 lapis kain, luar lace bermanik, dalam satin tebal,saya ingat lagi, ia berwarna biru muda.

Dari proses potong, jahit dan kemasan ia sangat memakan masa, seingat saya berikut adalah 3 sebab utama kenapa baju tu agak sukar untuk disiapkan cepat. Antara sebabnya adalah seperti berikut.

  1. KAIN LACE BERMANIK SIAP DAN RAPAT.

Ia sukar kerana memakan masa untuk buang dulu lace yang ada, terutama pada bahagian jahitan tapak mesin yang merisikokan jarum patah. Selain tu laluan kita nak jahit tepi tu pun kena pastikan ia clear untuk elak kejadian jarum patah pada mesin jahit tepi.

2. JARUM SELALU PATAH MEYEBABKAN PROSES JAHITAN LAMBAT.

Seingat saya, ada 4 batang jarum yang patah semasa proses jahitan dress tersebut.Bila tukar jarum, kadang-kadang mata jahitan pula yang tak stabil, kena adjust dulu bagi ok dan cantik, dah siap puas hati baru sambung menjahit.

3. KERJA MEMOTONG KAIN 2 KALI

Pakaian lining memang mengambil masa, proses menyiapkan pakaian biasa tanpa lace pun agak lama, ni kan pula yang bermanik penuh. Inilah penyebab mengapa pakaian jenis begini agak mahal double dari harga biasa

Ini berdasarkan pengalaman saya, mungkin anda di luar sana ada pengalaman yang tersendiri, boleh ceritakan di ruang komen ye.

Moga bermanfaat.

Sharing Is Caring

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *