5 CARA BUAT DUIT DENGAN MENJAHIT (CERITA 1)

Teks : Eryna Taylor

Hai readers , hari ni jom kita bincangkan betul ke ada kemahiran menjahit ni boleh buat duit? pada pendapat saya, ye, jika kena dengan cara target audiensnya.

Saya ingat lagi pada mulanya saya tak target langsung saya ni akan ada dalam industri jahitan, dulu semasa sekolah saya pelajar kelas atas, yang ambil subjek kerja profesional yang merangkumi subjek sains tulen, fizik, kimia, biologi. Seingat saya, kerana result PMR saya  bagus, jadi saya follow kelas tu atas saranan guru-guru dan ikut kawan-kawan.

Sedangkan pada waktu tu, saya boleh je pilih subjek elektif ERT, seperti jahitan, memang kursus tu ada pada zaman sekolah.Jadi saya habiskan zaman persekolahan, tingkatan 4 dan 5 dengan berada di kelas yang paling atas, belajar subjek sains tulen dan matematik tambahan. Result SPM saya okey walaupun tak secemerlang pelajar lain.

Saya dapat tawaran kolej pada 2003, saya pergi dengan mengikuti kursus Sains Komputer, all everything about how to develope the sistem guna coding,pembangunan laman web, tapi just belajar, tak sempat mahir, diploma saya seolah-olah taklaku.

Saya pulang ke kampung selepas tamat belajar, kerja biasa, duk dengan mak ayah,setahun dah rasa boring semula,saya kuatkan diri untuk ke KL semula, tahun 2007 saya ambil kursus Pegawai tiket kapal terbang, saya kursus selama 3 bulan lanjutan, macam-macam jadi kat sana, Akhirnya saya sedar kerja glammour yang saya kejar itu tak sesuai dengan saya.

Saya balik semula ke desa, menyesal bukan kepalang, duit dah habis hasil keja “lagha” saya, kerja tah kemana, masa terbuang, harapan keluarga dan orang kampung pun hampa. Sijil dari kursus TRANSAIR hanya dipos ke rumah. Masa konvo saya tak pergi pun kerana saya attend convo diploma di Kuala Lumpur. Nasib Kelas transair yang saya follow lulus sepenuhnya, kalau tak lulus pun sijil akan dikirim juga kerana semuanya dah bayar. Begitulah sebenarnya syarikat swasta buat duit, gagal, lulus, semuanya akan ok juga jika kita bayar.

Jika fikir semula, if saya kerja di bidang ini mungkin saya akan jauh dari Allah SWT. ibadat mungkin tinggal, tak solat, juga risiko keselamatan juga mungkin ada, saya mungkin juga akan jadi hamba  kerja, melainkan saya berenti dan cari kerja lain.

Tahun 2008, akhirnya saya bekerja sebagai pembantu Cyber hanya di pekan tempat saya, mak menyarankan saya kerja dekat, hanya berulang dari rumah, dan keselamatan saya terjamin, apa-apa terjadi dia tahu, dan berlaku dalam pengetahuan dan depan mata dia sendiri.

Ehhhh…. mana ceritanya cara menjahit buat duit tu? HAHA….Stay tuned!

 

Dulu Tukang cuci sekarang dah bergelar jutawan peringkat Global. Nak tahu siapa dia ha klik sini TUKANG CUCI

 

TUKANG CUCI JUTAWAN

TUKANG CUCI JUTAWAN

TUKANG CUCI JUTAWAN

Jangan risau ye, nanti kita sambung, bahagian 2 pulak, bagaimana saya buat duit  melalui jahitan ni.

Sharing Is Caring

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *