CARA BUAT KAIN/ SKIRT PEPLUM POTONGAN PENUH

Teks : Eryna Taylor.

Petang yang damai, tak hujan dan tak panas sangat, so petang ni saya nak kongsikan cara bagaimana nak hasilkan atau jahit skirt peplum circle penuh.

Bermacam nama kain ni, terpulang nak panggil nama apa pun yang  penting faham, dan bila tengok haa… oo..kain ni.., ada yang panggil kain duyung potongan bulat penuh, peplum, or mermaid skirt with full circle cut. semuanya betul kot tu, tapi saya namakan sebagai peplum.

Kredit blog AMY AB, saya punya customer dah amik ye, tak sempat snap gambar.

Inilah hasil jahitan peplum full circle bila dah siap, bagaimana prosesnya jom kita tengok.

Pola Punggung dan pola penuh kain duyung, kain duyung tu abaikan ye, hanya sekadar bayangan ia asal dari pola mana

Pola 2 adalah pola penuh, tapi untuk hasilkan peplum circle ni ambil pola A, saya anggap semua dah faham bagaimana hasilkan pola A ye.

Dari contoh pola asal tu, normal naikkan 7 inchi dari paras lutut, tu untuk mudahkan melangkah, jika nak bawah lutut pun boleh ,sangat ayu bila melangkah nanti, jangan jatuh dah la ye kak oii.

Pola A pula kita rujuk keliling paras peha , dan disitulah kita nak sambung full circle nanti.

Kredit amy AB

Rajah atas tu adalah gambaran full circle 360, buat saja pola di atas ye.

Cara pengiraan atas pola 360,

keliling peha / 6.28 = ukuran jejari.

Boleh lebihkan ukuran ikut suka.

Jika kain bidang 60 , lipat kain empat, tekap saja pola tersebut.

Pola separuh jika kain bidang 45

ok, pola kat atas pulak khas untuk kain bidang 45 ye.

lipat kain dalam lipatan.

ambil pola tekap saja,

gunting , jangan lupa basi.

Bila buka nanti, ia akan lengkap jadi 360  darjah,

 

So, bila full circle dah siap gunting bolehlah dicantum seperti biasa,

Peplum full circle siapp!

Cabaran menjahit kain ni, bila dapat kain corak tegak, camne nak buat tu? kain polos senang saja, kita boleh potong ikut suka.

next saya akan kongsikan bagaimana nak jahit.

stay tuned.

Dulu tukang cuci, sekarang wahh dah ada perniagaan peringkat global..nak tahu siapa tu? klik sini

http://bit.ly/2kkNEXq

http://bit.ly/2kkNEXq

http://bit.ly/2kkNEXq

 

Semoga bermanfaat.

 

Sharing Is Caring

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *