5 PERKARA WAJIB YANG DILAKUKAN SEBELUM MEMOTONG KAIN
Teks: Erynataylor

Jom lihat apa perkara wajib yang mesti buat sbelum potong kain
BELEK KAIN
Nak pastikan yang mana belah betul, yang mana terbalik. Tanda dengan kapur kain belah dalam, ini untuk memastikan agar fabrik yang dipotong tak terbalik bila dijahit nanti.
GOSOK KAIN
Ni jika kes kain yang pelanggan bagi tu jenis yang kedut seribu, kenalah gosok dulu bagi kelancaran kita sendiri bagi aktiviti memotong nanti.
PASTIKAN GUNTING TAJAM
Jika gunting tumpul kain akan tersekat-sekat, tak sekata, cantik dan kemas. Pastikan gunting cukup tajam
JIKA KAIN ATAU FABRIK BERCORAK
Fikirkan sejenak bagaimana nak hasilkan pakaian yang cantik menawan dengan memanipulasi corak pada kain tersebut agar tampak terserlah berbeza pada si pemakai. kat sini kreativiti sangat diutamakan.
JIKA FABRIK POLOS
wow! ini adalah satu bonus, kita boleh ambil camne je kita suka, saya sangat bersemangat jika pelanggan hantar kain polos..lega rasanyaa..
Semoga bermanfaat..
Jika nak tahu bagaimana nak kembangkan bisnes kecil-kecilan hanya dari rumah ke peringkat global berbekalkan pelbagai strategi yang betul dan tepat..sila KLIK SINI
Sharing Is Caring