7 TIPS MENJAHIT TEMPAHAN PAKAIAN SEMASA MUSIM PERAYAAN

Seperti sedia maklum menjelang musim perayaan adalah waktu yang paling sibuk bagi semua tukang jahit. Pada waktu ini, tempahan pelanggan tetap diutamakan, kemudian jika ada pelanggan luar yang ingin menggunakan khidmat kita,bolehlah dipertimbangkan nak terima atau pun tak.Saya ingin kongsikan pengalaman yang berharga  menjahit tempahan pakaian bila tiba musim perayaan. Jom tengok.

 

 

Sinonim dengan tempahan yang bertimbun, sebenarnya tempahan bertimbun ni kena ambil sejak dua bulan dari awal sebelum bulan raya yang sebenar, ini untuk elakkan dari kesuntukan masa, masalah kesihatan kita sendiri, dan punya masa untuk repair kembali mana-mana tempahan yang rasa ada kesilapan, tak puas hati dan sebagainya.Hati kita pun rasa tenang, jika dapat hadap kain dengan waktu yang panjang tanpa tergesa-gesa.

 

1)  Pentingkan kualiti dan bukan kuantiti tempahan .

 

Ada sesetegah tukang jahit berasa tamak nak ambil tempahan banyak-banyak menjelang musim perayaan. Nasihat saya tak perlulah nak kejar duit sangat jika kualiti jahitan tak ada, dalam bulan puasa, ambil tempahan dalam kuantiti yang termampu jika anda menjahit seorang, ingat pentingkan kualiti berbanding kuantiti, hati dan perasaan pelanggan perlu dijaga, mereka harapkan pakaian siap mereka dengan hasil jahitan yang berkualiti, kemas, cantik dan selesa pakai.Ada banyak kes tempahan tak siap, jahitan tak kemas atas alasan tak cukup masa, jahit last minit,

 

2)Jika nak ambil tempahan banyak, ambil 2 bulan lebih awal.

 

Ha..hadaplah, inilah masa nak perah tenaga untuk siapkan tempahan berbekalkan kemahiran kita ada untuk mengejar rezeki dalam menjahit. Menjahit sebelum raya sebenarnya adalah masa yang paling seronok, kualiti jahitan dapat diimprove, badan tak penat dan yang penting kita punya masa yang banyak masa untuk relaks dan santai tanpa stress.

 

3) Janji dengan pelanggan ambil awal tempahan jahitan.

Jangan penatkan diri dengan menjahit sampai malam raya atau hari raya, tempahan tak siap-siap, tak dapat nikmati raya, disebabkan sikap sendiri yang suka buat kerja last minit. Ingatlah hari raya untuk relaks, dinikmati bukan untuk kerja menjahit lagi, begitu juga dalam bulan ramadhan,ia adalah untuk bulan kita beribadat bukan membuang masa leka menghadap kerja fikir pasal duit nak raya sehingga tak dapat nak khatam 1 Al-Quran ..Seeloknya satu hari nak raya arahkan semua pelanggan untuk ambil tempahan mereka sebelum tiba raya menjelang..

 

Kongsikan pengalaman menjahit anda semasa menjelang perayaan, bagaimana pula ditempat anda? Semoga bermanfaat, jika rasa artikel ini bermanfaat sila share..

 

PSTT… saya kongsikan hanya 3 tips menjahit, boleh tak,,anda tambah lagi point yang anda rasa relevan untuk cukupkan tujuh? Siapa ada point tersebut sila  komen dibawah,, hadiah misteri menanti anda.. boleh PM saya untuk hadiah tersebut, boleh?..

 

Menjahit adalah aktiviti SOLOPRENEUR, kita bermula seorang mencari rezeki hanya dengan bergantung sepenuhnya kepada Allah SWT. jika anda  nak tahu bagaimana nak kembangkan lagi perniagaan yang sedia ada dengan pelbagai teknik dan strategi tanpa berhutang bolehlah jenguk sini, ada 1001 manfaat di dalam panduan ini. KLIK SINI

Dapatkan sekarang dan BONUS, produk “24 Tabiat Jutawan 24 Jam” bernilai RM150 secara percuma. Tawaran percuma terhad!

 

 

Sharing Is Caring

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *