RUANG JAHIT?? BAGAIMANA PILIHAN ANDA..

Ruang jahit bagaimana pilihan anda?

Bagi yang ada butik atau kedai sendiri, tak kisah la deko macamana ikut selera sendiri, bagi mereka yang memiliki mesin jahit portable, mungkin meja yang diperlukan tak besar mana pun nak letak mesin tu kan, bagi saya yang memiliki mesin jahit industri, ia memerlukan ruang yang agak besar untuk letak semua mesin tersebut.

Kenapa saya suka jahit guna mesin industri?

sebab ia laju, tahan lama, dan dapat siapkan semua jahitan dengan masa yang singkat, biar pun terdapat lambakan mesin jahit portable kat pasaran, tapi industri mesin industri tetap win disebabkan ketahanannya.

Nanti di post lain saya akan bincangkan mengenai mesin laju, kegunaan dan jenama yang menjadi pilihan pengguna.

 

KREDIT GOOGLE

 

Kalau menjahit dirumah memang kena ada satu ruang untuk menjahit,dimana ruang tersebut muat untuk meja menggunting, ruang untuk letak papan iron, dan barang-barang jahitan yang dapat dicapai dengan mudah, ketika dalam proses menjahit untuk menyiapkan jahitan.

Kesimpulannya, tak kisahlah ruang jahit tu besar ke kecil, janji selesa, kalau menjahit di rumah, pastikan mesin jahit diletakkan di tempat yang terang jelas oleh sinaran mentari, saya lebih suka cahaya semulajadi , berbanding lampu, kerana lampu memberi effek pada mata dan kepala akan rasa pening. Meja potong kain pula jangan terlalu tinggi atau rendah , cukup lebar da muat untuk lukisan pola.

Walau apa pun keadaannya, tempahan jahitan memang nak kena siap pada waktunya, ruang jahitan jika setakat cantik namun jika jahitan tak siap tak menjadi juga.

Setuju tak??

 

Nak belajar strategi kembangkan bisnes kecil-kecilan hingga ke peringkat global dengan modal minima? KLIK SINI

 

Dapatkan sekarang dan BONUS, produk “24 Tabiat Jutawan 24 Jam” bernilai RM150 secara percuma. Tawaran percuma terhad!

Sharing Is Caring

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *