[ LEGEND ] 5 KELEBIHAN MESIN GOYANG KAKI

Mesin goyang kaki kekal relevan, betul tak? mesti ramai yang setuju dengan pendapat ni, walau pun tahun berganti, mesin ni masih lagi digunakan walaupun bersaing dengan lambakan mesin jahit industri dan portable.

Apakah yan membuatkan mesin ini kekal relevan? Jom kita tengok 5 kelebihan mesin ini .

 

                                 KREDIT GOOGLE
  1. RINGAN

Mesin ni boleh diangkat seorang diri sebab dia ringan, berbanding mesin jahit industri , kerana ia tidak punya motor yang besar , sekarang trend dah pakai motor, tapi still boleh angkat lagi, motor nya taklah berat dan besar.

2 . TAHAN LAMA

Sejak zaman dahulu lagi, mesin goyang kebanyakannya ada dirumah kita. Tujuannya mudah, kita tak perlu bersusah payah pergi ke rumah orang lain semata-mata untuk menampal koyak, menjahit kain batik, alter , dan menjahit pelbagai jenis pakaian sendiri. Besi mesin goyang tahan lama, walaupun terkena air, ditetak, terbakar ia tak kan sesekali terjejas. Sebab tu ia legend.

3. SESUAI UNTUK NEWBIE ( yang takde pengalaman langsung menjahit)

Ia amat sesuai bagi sesiapa yang baru nak belajar, dan pegang mesin jahit, goyangnya tak laju, boleh control dan hasil mata jahitannya juga cantik. Pengalaman saya semasa first time pegang mesin jahit ni , best, kita boleh belajar pelan-pelan sebelum pergi ke high level untuk guna mesin jahit industri dan hadap bertimbun kain.

4. BOLEH GANTI MESIN LAJU KETIKA BLACK – OUT

Bayangkan ketika tengah hadap kain bertimbun, kastemer mendesak untuk percepatkan jahitan, tetiba black-out plak.. insiden ni pernah terjadi pada saya.. maka dengan gigihnya, goyanglah sampi tempahan tu siap ye.

5 . CANTIK DAN UNIK

Gabungan kepala besi, berukir corak warna. kayu bersyelek membuat mesin ini ada tarikan yang tersendiri. Memang cantik berbanding mesin jahit industri, dan inilah juga antara sebab mesin ini dipanggil legend.

Rasa-rasa ada lagi tak kelebihan mesin ni? Ok, nanti saya akan kongsi pula  apa pula keburukan mesin ni.. haa.?? yelah setiap kelebihan ada kelemahan nya..

Faham ke faham?

 

Nak tahu  pelbagai  teknik dan strategi untuk mengembangkan bisnes kecil-kecilan hingga ke peringkat global dengan modal minima? KLIK SINI

Dapatkan sekarang dan BONUS, produk “24 Tabiat Jutawan 24 Jam” bernilai RM150 secara percuma. Tawaran percuma terhad!

 

 

Sharing Is Caring

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *