9 LANGKAH BAGAIMANA ALTER T.SHIRT XXL JADI M TAK SAMPAI 10 MINIT
Saya peminat t.shirt bundle. Murah dan Cantik, tapi saiz tak berapa cantik, selalu yang minat dan gambar menarik terkena yang besar, saiz XXL, disebabkan saya tailor, jadi saya punya keyakinan untuk beli juga sebab ada kemahiran alter.
So sukacita saya ingin kongsikan bagaimana cara alter t.shirt yang saiz besar degabak ni gi kepada apa pun saiz badan anda start dari L, M,S,XS ..ada lagi ke yang saiz lagi kecik? haha..
Ok tanpa buang masa, jom kita tengok gambar t.shirt yang nak di oter.
RAJAH 1 :
Ukur 2 inchi, ni adalah ukuran yang saya gunakan kerana saiz t.shirt ni memang besar iaitu XXL. Saiz ni terpulanglah berapa inchi nak jahit , atas sendiri, 1 inchi or 1 setengah inchi pun boleh.
RAJAH 2 : Ni bahagian lengan, asal adalah 8 setengah inchi, jadilah 6 inchi.
RAJAH 3 : Ukur lagi, ia start dari bahagian lengan ke arah badan
RAJAH 4 : Dapatkan semua ukran 2 inchi ye , kang tak sama plak.
RAJAH 5 : Ok, dah boleh start jahit betul-betul atas ukuran 2 inchi tadi,jahit betul-betul atas tanda kapur.
RAJAH 6 : Jahit lagi sampai habis
RAJAH 7: Ni dia hasil jahitan yang siap dijahit. 2 inchi dari tepi.
RAJAH 8: Belah kanan yang telah juga siap dijahit.
RAJAH 9 : Potong lebihan kain atau basi kain, tinggalkan dalam setengah inchi, atau seinchi, janji ada ruang untuk jahit tepi dan jahitan tepi nanti nampak kemas.
RAJAH 10 : Hasil T.Shirt yang siap dipotong, nampk kecik dari asal..
RAJAH 11 : Jahit Tepi macam biasa, jangan samapi termakan jahitan.
RAJAH 12 : Jahit tepi sampai habis..
RAJAH 13 : Tada..siap dah jahitan tepi,, kemas kan..?
RAJAH 14 : Hasil belah kiri.
RAJAH 15 : Ok tak hasilnya?
RAJAH 16 : Bahagian tangan yang siap. Belah depan.
RAJAH 17 : Belah belakang yang telah siap
Faham ke faham, ? sila tinggalkan komen anda di bawah?.. simplekan..
Nak tahu bagaimana strategi yang YANG PROVEN mengembangkan perniagaan yang kecil hingga ke peringkat global? KLIK SINI
Dapatkan sekarang dan BONUS, produk “24 Tabiat Jutawan 24 Jam” bernilai RM150 secara percuma. Tawaran percuma terhad!
Sharing Is Caring
Terima kasih.. Tutorial sangat membantu.
sama-sama..
Salaam sis… Kalau nak kecilkan sikit kolar t-shirt pula bagai mana? Boleh beri tunjuk ajar?
tuan boleh ukur saiz koler tu, contoh nak lebar berapa, lepas tu boleh potong ikut keselesaan. Matikan benang guna lilin keliling koler. Harap membantu.
Kalau tshirt lengan panjang sama ke caranya?
ye sama, adjust ukuran ikut keselesaan, semoga membantu