CARA MUDAH DRAF POLA KAIN DUYUNG DALAM 5 MINIT

Kain duyung merupakan trend yang sangat HOT sekarang , kerana ia sering dipadankan dengan pelbagai jenis pakaian seperti blause, kurung moden, blause pendek, kurung tulip, dan kurung pahang.

Kenapa KAIN DUYUNG?

Kain susun kanan/kiri tak ok ke?

kain lipat batik kiri/ kanan tak ok ke?

Kain kipas belakang/ kipas depan / kipas tingkat tak ok ke

Kain kipas daun palas plak?

Semuanya ok, cantik dan berpadanan dengan baju masing-masing.

 

Antara 3 kelebihan kain duyung ialah:

a) Ia senang nak jahit ( 2 keping kain sahaja)

b) stail, sebab berekor,

c) Orang yang gemuk nampak kurus, atau dia mampu sembunyikan kegemukan, tu pun terpulang orang gemuk nak pakai ke tak..

MATLAMATNYA DISINI : Anda boleh faham bagaimana nak jahit kain duyung sendiri tanpa perlu upah orang atau berhabis duit dengan beli pakaian siap padahal ianya cukup mudah!

Berikut merupakan cara mudah nak draf pola kain duyung step by step, rujuk abjad ye untuk penerangan.

AB = Labuh kain

PUNGGUNG = Turun 8 tiga perempat/ 9 jika nak longgar sedikit garis ikut ukuran keliling punggung bahagi 4 + 1/2 inchi or 1 inchi.

D = Garis sampai lutut ye, yang ni ikut tinggi orang tu, lutut kita tak sama,  garis kembangkan ikut suka nak kembang mana tandakan C.( STANDARD BC ADALAH 21 INCHI) Nak kembang lagi takde masalah.. boleh jeww..

E= Pinggang, ukur keliling bahagi 4,lukis kat pola tak perlu berbentuk sangat  kerana kita letak getah kemudian, yang penting ukuran betul pinggang orang tu, cth 29, ambillah ukuran 29, kalau pinggang getah, kalau pinggang campur adalah caranya pula, Next saya akan tunjuk kan ye cara sambung pinggang campur.

Ok, faham ke faham ni?

 

Menjahit adalah SOLOPRENEUR, kita bermula seorang di rumah atau di kedai yang kecil seorang diri, namun tak mustahil jika bersungguh dan pandai rolling keuntungan kita mampu:

a) Buka Butik Pakaian

b) Buka Akademi Jahitan Sendiri.

c) Boleh buka Ecommerce sendiri dengan barangan kraf, bayi, beg, cadar, langsir,  dll.

d) Penjual tudung.

e) Jeans atau seluar sahaja.

f) Pakaian Kanak-kanak

e) Pakaian lelaki

f) Pakaian Wanita

g) Pakaian dalam wanita.

Banyak lagilah kan, tapi make sure kena ada PERMINTAAN..

 

Nak tahu bagaimana kembangkan bisnes SOLOPRENEUR ke GLOBALPRENEUR menggunakan modal yang minima? KLIK SINI

Dapatkan sekarang dan BONUS, produk “24 Tabiat Jutawan 24 Jam” bernilai RM150 secara percuma. Tawaran percuma terhad!

 

 

Sharing Is Caring

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *