3 SEBAB MENGAPA TIADA MOTIVASI DAN KEYAKINAN DIRI UNTUK BERJAYA

Salah satu kunci kejayaan adalah yakin dengan diri kita sendiri. Namun, masalahnya, ramai juga yang tidak mempunyai keyakinan diri.

Pertama sekali, berkeyakinan tinggi bukan bermaksud perlu menjadi RIAK, sombong atau dilihat takbur. Keyakinan diri ertinya dalam diri sendiri mempunyai perasaan yakin. Tidak perlu pula “over confident” sehingga menunjuk-nunjuk dan memberi persepsi yang negatif pula kepada orang lain.

Berkeyakinan tinggi adalah perasaan “saya boleh” dalam diri sendiri untuk melakukan sesuatu perkara itu. Bezannya dengan mereka yang tidak yakin adalah, mereka yang tidak yakin akan teagak-agak melakukan suatu, fikir diri tidak layak menghasilkan sesuatu, sering fikir gagal, berasa malu untuk melakukan sesuatu itu, walaupun ianya dapat membantu diri sendiri mencapai KEJAYAAN.


Mengapa tidak mempunyai keyakinan diri?

Mungkin diri kita tidak pernah mencapai kejayaan yang boleh dibanggakan. Oleh itu, dalam diri kita sendiri fikirkan kita tidak layak mencapai kejayaan. Bila fikir tidak layak, di situlah keyakinan diri pun terganggu. Tiada keyakinan diri, maka usaha juga tidak bersungguh, dan sekali lagi tidak akan berjaya mencapai kejayaan yang membanggakan. Maka, kitaran pun akan berulang sekali lagi!

Walaupun tidak pernah mencapai kejayaan yang membanggakan, fikirkan there’s always a first time for everything!

Mengapa tidak mempunyai keyakinan diri?

Mungkin kita pernah gagal sebelum ini. Dan kegagalan lepas masih lagi menghantui diri kita. Kita akan terasa takut gagal dan pisang berbuah dua kali. Kalau dulu gagal, nanti gagal lagi. Apa yang lagi menakutkan adalah lebih tekanan untuk buktikan orang keliling bahawa kali ini kita akan berjaya. Kalau gagal juga, malu muka nak sorok di mana!? Kalau gagal juga, ini lah peluang terakhir dan selepas ini tidak lagi akan mencuba!

Walaupun pernah gagal, perlu ingat, itu adalah langkah-langkah awal kesemua orang yang berjaya hari ini. Bukan hanya gagal sekali, tetapi setelah gagal berkali-kali, baru akan terjumpa kejayaan. Tingkatkan keyakinan diri dengan memahami untuk berjaya, gagal berkali-kali itu adalah perkara biasa!

Mengapa tidak mempunyai keyakinan diri?

Mungkin selalu melihat kegagalan orang sekeliling, kisah-kisah kesusahan orang lain, atau mungkin juga terdapat suara-suara negatif luaran dari orang lain yang tidak menyokong kita. Hati mahu lakukan tetapi, pengalaman sekeliling dan luaran membuatkan kita hilang keyakinan diri. Kalau orang lain gagal, kita pun akan gagal. Kalau orang lain kata kita akan gagal, betul lah tu. Kalau perniagaan mereka tidak menjadi, kita lakukan pun pasti tidak akan jadi.

Abaikan anasir-anasir luaran. Untuk berjaya kita tidak boleh puaskan hati semua pihak. Beri fokus kepada diri sendiri. Kejayaan yang ingin kita capai adalah untuk diri dan keluarga kita. Bukan untuk orang lain.

Buangkan rasa tiada keyakinan diri jauh jauh. Kerana sesiapa sahaja, termasuk ANDA layak, mampu dan pastinya boleh berjaya! 

* Antara sebab tidak yakin adalah kurangnya ilmu dalam sesuatu perkara itu. Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan tetapi tidak yakin, mungkin perlu menambahkan ilmu dalam bidang perniagaan untuk meningkatkan keyakinan diri anda.

Ketahui bagaimana ONE MAN SHOW bermula kecil seorang diri sehingga mengembangkan perniagaan ke peringkat GLOBAL, KLIK SINI

Dapatkan sekarang dan BONUS, produk “24 Tabiat Jutawan 24 Jam” bernilai RM150 secara percuma. Tawaran percuma terhad!

 

Sharing Is Caring
Tags:

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *