MENGAPA KONSISTEN ITU PENTING DALAM PERNIAGAAN?

Antara masalah utama usahawan adalah untuk mengamalkan konsisten dalam perniagaan. Terutamanya dalam melakukan sesuatu yang baru, ataupun sesuatu yang diluar zon selesa usahawan tersebut, konsisten sering menjadi masalah.

Mengapa KONSISTEN itu penting dalam perniagaan?

Apabila konsisten dalam usaha pemasaran…

Orang ramai akan lebih mengingati jenama perniagaan kita. Fikirkan jenama-jenama besar diluar sana. Sejak berpululuh-pulih tahun lamanya mereka tetap konsisten dengan mesej pengiklanan mereka. McDonalds dengan konsep keluarga bahagia pergi ke McDonalds, Malboro dengan konsep Cowboy naik kuda, Energizer dengan konsep orang yang bertangan panjang sepanjang-panjang jangka hayat battery mereka.

Konsisten sentiasa dengan mesej pemasaran supaya orang akan lebih mengenali dan mengingati mesej dan jenama perniagaan kita.

Apabila konsisten dengan usaha…

Usaha tersebut akan menjadi tabiat. Dan tabiat pula akan memberi momentum. Melakukan kerja dengan istiqamah akan menjadikan kerja itu seperti sesuatu yang biasa dilakukan dan tidak lagi dipaksa. Inilah caranya untuk terus menerus mendapat momentum supaya tidak berhenti setengah jalan.

Usaha yang konsisten juga akan memberi keputusan yang lebih konsisten dan tidak turun naik. Amat penting untuk perniagaan supaya dapat menganggarkan pulangan setiap minggu dan setiap bulan!

Apabila konsisten mencari ilmu…

Ilmu harus dikejar pada setiap masa. Tanpa meningkatkan ilmu, bukan sahaja kita hanya akan ditempat yang sama, tetapi, perniagaan pesaing pastinya akan melepasi kita oleh kerana mereka terus menerus mencari ilmu. Dengan hanya berbekalkan ilmu sedia ada, di dunia perniagaan yang sering berubah teknik dan strateginya, ia tidak mencukupi untuk bersaing.

Antara sebab usahawan tidak berjaya meningkatkan keuntungan perniagaan adalah kekurangan ilmu perniagaan. Keuntungan perniagaan akan meningkat seiring dengan ilmu perniagaan yang dimiliki usahawan.

Pelajari lebih banyak strategi dalam usaha mengembangkan lagi perniagaan anda untuk ke peringkat Global.. KLIK SINI

Pemberian Percuma bernilai RM150, Jika anda lakukan pesanan SEKARANG!

 

Sharing Is Caring
Tags:

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *