[BONUS TERHAD] KISAH SEEKOR GAJAH

Kisahnya begini…

Satu ketika itu, ada seorang pengembara. Dia mengembara ke India. Memang macam-macam yang dilihatnya dalam setiap pengembaraannya tetapi, apa yang dilihat ketika itu, sangat menarik perhatiannya…

kredit Bobo id grid

Si pengembara ternampak seekor gajah yang besar di mana kakinya terikat dengan tali yang kecil pada kayu yang kecil. Namun begitu, gajah itu tidak lari kemana-mana pun.

Walaupun hanya dengan satu-dua langkah sahaja, gajah itu dapat membebaskan diri tambatnya itu. Mana taknya, tali dan kayu yang menambatnya tu kecil sahaja. Tetapi, gajah itu tidak bergerak. Hanya menunggu di situ sahaja.

Pengembara pun bertanya pada penjaga gajah itu.

“Mengapa gajah ini tak lari dan bebaskan diri?”

Dan jawapan yang diberi oleh penjaga gajah itu sangat mengejutkan.

Katanya, sejak gajah itu dilahirkan kecil, gajah itu ditambat dengan tali dan kayu yang kecil. Ketika itu, tali dan kayu yang kecil itu, sudah cukup kuat untuk menambat gajah itu dan gajah kecil ketika itu tidak dapat membebaskan dirinya untuk bertahun-tahun.

Apabila gajah semakin besar, tali dan kayu yang sama digunakan. Walaupun gajah semakin besar dan kuat, tetapi, dalam fikiran gajah tersebut tali dan kayu kecil itu adalah sangat kuat dan mustahil untuk membebaskan dirinya. Walaupun pada hakikatnya, sangat mudah untuk gajah itu berlari bebas.

Jawab penjaga gajah itu kepada pengembara yang kelihatan tidak percaya.

Itulah kisahnya.

Dan begitu jugalah kita sebagai manusia. Sering kali, kita fikir kita tidak dapat lakukan sesuatu itu oleh kerana sejak dulu lagi kita fikirkan ianya adalah mustahil. Ianya adalah susah. Mungkin kerana persekitaran kita telah menjadikan kita seperti itu.

Padahal, sebenarnya, ianya adalah kepercayaan sahaja di dalam diri kita sendiri yang kita fikirkan melalui pengalaman dan persekitaran kita yang lepas. Penghalang utama kita hanyalah diminda kita.

Think about it. Adakah kita umpama gajah tersebut? Tertambat dengan tali kecil dan kayu kecil yang menjadikan kita percaya bahawa kita tidak boleh berjaya melakukan sesuatu itu?

Satu ketika dulu saya juga begitu sebenarnya. Saya tidak yakin bahawa saya boleh berjaya oleh kerana saya pernah gagal dalam perniagaan.

Tetapi, ianya hanyalah diminda sahaja. Apabila saya buang jauh-jauh perasaan tersebut, seumpama tiada apa yang mustahil. Dan apa yang menghalang saya selama ini hanyalah di minda sahaja.

Ingin saya membantu anda memulakan perniagaan online atau kembangkan perniagaan sedia ada anda? KLIK DISINI.

p/s : Dapatkan sekarang dan BONUS, produk “24 Tabiat Jutawan 24 Jam” bernilai RM150 secara percuma. Tawaran percuma terhad! GRAB SEKARANG

Sharing Is Caring

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *