Kisahnya begini… Satu ketika itu, ada seorang pengembara. Dia mengembara ke India. Memang macam-macam yang dilihatnya dalam setiap pengembaraannya tetapi, apa yang dilihat ketika itu, sangat menarik perhatiannya… Si pengembara ternampak seekor gajah yang besar di mana kakinya terikat dengan tali yang kecil pada kayu yang kecil. Namun begitu, gajah itu tidak lari kemana-mana pun.