CARA MENETAPKAN MATLAMAT YANG REALISTIK

Pernah saya baca- semua matlamat adalah realistik. Cuma masa untuk mencapainya  sahaja yang tidak realistik.

Ada betulnya di situ.

 

Matlamat nak jadi jutawan dalam masa 1 tahun? Mungkin kurang realistik untukramai. Tetapi matlamat nak jadi jutawan dalam masa 10 tahun, ianya lebih realistik!

Matlamat nak gandakan keuntungan perniagaan 2-3 kali ganda dalam masa seminggu? Mungkin kurang realistik. Teapi, matlamat meningkatkan keuntungan perniagaan 20-30% dalam masa satu bulan adalah lebih realistik!

Dalam menetapkan matlamat, ianya penting untuk anda tetapkan matlamat yangrealistik. Yang boleh diterima dek akal fikiran. Matlamat yang terlalu besardan terlalu singkat masa untuk mencapainya, akan menyukarkan proses untukmencapainya.

Ini akan terjadi…

  1. Matlamat yang tidak realistik akan dilihat terlalu besar dan sukar untuk dicapai. Mungkin pada awalnya akan rasa seronok dan bermotivasi untukmencapainya, tetapi apabila nampak kesusahan dan cabaran untuk mencapainya, iaakan menjatuhkan motivasi kita dan mudahkan kita untuk putus asa kerana ianya terlalu sukar.
  1. Matlamat yang terlalu besar akan membuatkan kita rasa “overwhelmed” dan terlalu banyak yang perlu difikirkan, seakan terlalu besar dan tidak tahu bagaimana hendak bermula. Terlalu besar, tidak nampak langkah-langkahseterusnya. Terlalu besar tak tak dapat gambarkan cabaran-cabaran yang bakal dilalui.
  1. Matlamat yang tidak realistik juga akan kurang mendapat sokongan dari merekadisekeliling anda. Memang tidak dapat dinafikan, dalam mencapai sesuatumatlamat yang berbaloi, ia memerlukan bantuan dan sokongan pihak lain.Sekiranya pihak lain melihat matlamat anda tidak realistik, dan tidak yakinianya boleh dicapai, mungkin anda tidak akan mendapat bantuan dan sokongan yang anda perlukan.

Ada pepatah mengatakan “Shoot for the stars, if you don’t reach it, you will still land on the moon”

Mengatakan bahawa kita perlu meletakkan matlamat yang tinggi. Sekiranya tidak capai, pastinya pencapaian itu masih tinggi.

Ada benarnya kata-kata ini. Namun, pastikan apa yang dituju masih lagi matlamat yang tinggi untuk dicapai, tetapi realistik dan boleh dicapai.

Dan inilah langkah anda seterusnya…

Satu soalan yang anda boleh fikirkan dalam menetapkan matlamat yang realistik adalah:

Apakah matlamat yang paling besar yang anda boleh tetapkan, yang anda rasakan anda tidak akan gagal mencapainya?

Mulakan dengan soalan ini. Kemudian, beri masa yang cukup untuk mencapai matalamat ini.

Pecahkan matlamat yang besar itu menjadi matlamat-matlamat yang lebih kecil dan bahagikan waktu untuk mencapainya kepada jangka masa yang lebih singkat.

Sebagai contoh, untuk mencapai pendapatan RM1,000,000 dalam masa 1 tahun, mungkin tidak realistik.

Tetapi, untuk mencapai pendapatan RM1,000,000 dalam masa 10 tahun, bererti, menjana pendapatan RM100,000 setahun, bermaksud perlu menjana RM8,333 sebulan dan ini dapat dicapai dengan cara menjana pendapatan RM278 setiap hari!

Inilah yang dimaksudkan dengan matlamat yang realistik dan bagaimana anda boleh mencapainya. RM278 sehari adalah lebih mudah untuk dicapai bukan?

Nak Tahu Kaedah Sebenar Menetapkan MATLAMAT REALISTIK? KLIK SINI

http://bit.ly/2kkNEXq

http://bit.ly/2kkNEXq

http://bit.ly/2kkNEXq

p/s : Ilmu yang sangat mahal takde kat mana-mana KLIK SINI http://bit.ly/2kkNEXq

SHARE THIS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *