5 SEBAB KITA SUKAR BERJAYA

Terasa susah untuk berjaya? Memanglah. Kalau kejayaan itu mudah untuk dicapai pastinya semua orang dikeliling kita sudah berjaya mencapai matlamat mereka. Tetapi, itu bukanlah halnya. Ramai yang bergelut untuk berjaya dan terasa sukar untuk mencapainya.

 

Sebabnya? Berikut adalah 5 sebab mengapa kita sukar berjaya dan penyelesaiannya…

  1. Tidak mendapat sokongan

Untuk berjaya, sokongan orang sekeliling amat diperlukan. Tanpa sokongan, mood pun akan hilang, tenaga pun akan berkurangan. Dalam keadaan tidak mendapat sokongan orang dikeliling, kita akan merasakan umpama kita seorang diri sahaja yang inginkan kejayaan. Amat sunyi akan terasa. Apatah lagi sekiranya bukan sahaja tidak mendapat sokongan, tetapi pula mendapat kritikan dan kutukan untuk berjaya.

Penyelesaian: Cari dan sertai kumpulan atau kenalan yang sentiasa positif dalam bidang apa yang anda ingin capai.

  1. Fikir ilmu sudah cukup

Kita fikir ilmu kita sudah cukup untuk berjaya dan tidak memerlukan lagi ilmu tambahan. Adakalanya kita tahu sesuatu ilmu tu, dan dalam hati terdetik “Eleh, aku pun tahu nak buat camtu” tetapi, hakikatnya, TAHU dan LAKUkan adalah dua perkara yang berbeza. Ilmu yang ada dalam diri sendiri sekiranya tidak diamalkan pastinya tidak memberi pulangan apa-apa.

Penyelesaian: Jangan sombong pada ilmu. Amalkan pembelajaran sepanjang hidup. Apa sahaja ilmu yang kita ada kini, hanyalah satu titik dari lautan ilmu yang begitu luas.

  1. Tidak mempunyai matlamat bermakna

Untuk mencapai sesuatu, pastinya perlu mempunyai matlamat. Namun, matlamat yang akan memberi motivasi kepada anda adalah matlamat yang bermakna pada diri anda- matlamat yang benar-benar mempunyai manfaat kepada anda, keluarga atau orang tersayang. Matlamat yang tidak bermakna tidak akan memberi sebarang motivasi untuk jangka masa panjang. Hanya motivasi singkat bak kata, hangat-hangat tahi ayam.

Penyelesaian: Tanyakan soalan utama iaitu mengapa anda ingin mencapai matlamat kejayaan anda. Apakah sebab utamanya yang dapat memberi anda motivasi dan semangat yang berterusan?

  1. Tidak yakin kejayaan boleh dicapai

Adakalanya kita sering berasa ragu-ragu dengan kebolehan diri sendiri untuk melakukan perkara yang hebat. Bukan sahaja tiada sokongan dari orang luar, ini kan pula tiada sokongan dalam diri sendiri bila apa yang kita selalu fikirkan adalah kegagalan, kesusahan, kejatuhan dan ketakutan! Apa yang kita lihat adalah orang lain adalah lebih hebat dari kita dan mereka yang patut berjaya. Bukan kita.

Penyelesaian: Fikir positif sentiasa. Jangan takut pada kegagalan kerana kegagalan akan memberi pengalaman dan ilmu yang amat berharga. Penuhi fikiran dnegan kata-kata positif selalu.

  1. Mudah putus asa

Kejayaan datang dengan pelbagai cabaran. Adakalanya cabaran yang membuatkan kita terasa lemas dan buntu. Ada masanya pula kita tidak tahu lagi apa perlu dilakukan dan hanya memikirkan untuk putus asa oleh kerana tiada lagi jalan penyelesaian dan terasa penat berusaha namun terus gagal.

Penyelesaian: Sering kali kejayaan akan datang hanya sedikit sahaja lagi sebelum putus asa. Apabila dalam keadaan tertekan, di situlah idea yang lebih baik akan datang dan usaha yang lebih hebat akan dipaksa keluar dari diri anda. Jangan putus asa, tetapi cara penyelesaiannya dengan cara yang lain.

 

Pelajari bagaimana mengembangkan perniagaan SOLOPRENEUR ke arah GLOBALPRENEUR dengan modal yang minima? KLIK SINI

Kita hendaklah sentiasa bermindset positif walaupun sukar, minta Allah tetapkan hati, kadang-kadang hati berbolak-balik, untuk mencapai kejayaan. KLIK SINI jika ingin mengetahui lebih lanjut bagaimana teknik dan strategi berkesan untuk mencapai kejayaan.

SHARE THIS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *