3 CARA UNTUK YAKINKAN DIRI UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN

Keyakinan diri memang diperlukan dalam memulakan perniagaan. Lebih-lebih lagi bagi kita yang tidak mempunyai pengalaman memulakaan perniagaan, atau yang pernah gagal dalam perniagan.

 

Dalam apa sahaja buku motivasi kejayaan, sering ditekankan untuk mempunyai keyakinan diri sebagai langkah pertama. Tanpa keyakinan diri, semuanya tidak menjadi. Begitu juga dengan perniagaan.

Berikut adalah 3 tip cara meningkatkan keyakinan diri untuk memulakan perniagaan…

  1. Jangan bandingkan diri anda dengan orang lain

Sering kali kita melihat kejayaan orang lain, dan kita merasa diri kita kecil dan tidak mampu capai kejayaan seperti mereka. Mana taknya, tambahan di zaman media sosial kini, pelbagai kisah kejayaan dipaparkan di media sosial.

Gaya hidup mereka yang bergelar “usahawan” umpama gaya hidup yang hebat dan sempurna. Maklumah, resmi media sosial, itulah yang sering di war-warkan dan ditunjukkan.

Kisah kegagalan, kesedihan, kesusahan ketika menghadapi cabaran perniagaan sangat kurang dikongsikan. Apa yang kita sering lihat adalah kejayaan, dan segalanya sempurna.

Sekiranya ini memberi inspirasi kepada kita, maka tidak mengapa.

Tetapi, sebaiknya, jangan dibandingkan. Manusia mempunyai bakat, kebolehan, sumber yang berbeza. Bandingkan diri kita dengan diri kita sendiri. Perbaiki diri kita supaya lebih baik dari semalam, bulan lepas dan tahun lepas.

Usaha untuk perbaiki diri sendiri sahaja. Sekiranya ingin mulakan perniagaan, apa kata mulakan sahaja dan timba ilmu dan pengalaman untuk diri sendiri. Usah dibandingkan dengan orang lain.

  1. Sentiasa fikir positif!

Satu ketika dulu, ketika saya masih lagi muda, saya TIDAK MAHU jadi kaya!

Ini kerana, saya sering kaitkan orang “Kaya” sebagai sesuatu yang jahat, atau berdosa, atau tidak baik. Maklumah, sejak kecil lagi sering menonton TV watak-watak jahat semuanya orang kaya sahaja. Mana taknya, sedangkan filem P Ramlee juga, watak-watak jahat adalah orang kaya.

Oleh kerana pemikiran negatif ini, membuatkan saya tidak yakin dan tidak mahu memulakan perniagaan dan berjaya.

Sehingga saya mula kaitkan perkara-perkara positif mengenai perniagaan, kejayaan, dan kekayaan, ketika itulah baru saya mula berani dan yakin untuk mulakan perniagaan.

Fikirkan, apakah perkara-perkara negatif yang menghalang anda dari mulakan perniagaan? Adakah takut gagal? Takut tiada masa? Takut apa pula orang kata? Takut tidak mendapat sokongan? Dan sebagainya…

Buangkan fikiran-fikiran ini jauh-jauh. Berdamping bersama mereka yang lebih positif dan mereka yang mempunyai matlamat yang sama, iaitu memulakan perniagaan. Ini pasti akan memberi anda pemikiran yang lebih positif lagi untuk bermula!

  1. Punyai matlamat dan visi yang jelas

Sekiranya matlamat anda samar-samar, keyakinan juga akan turut samar-samar.

Punyai matlamat dan visi yang sangat jelas.

“Saya ingin mulakan perniagaan”

Matlamat ini tidak cukup. Ianya tidak jelas dan agak subjektif.

Tetapi, cuba letakkan matlamat dan visi yang lebih jelas seperti:

“Saya ingin mulakan perniagaan menjual produk kesihatan melalui internet, dan selepas 6 bulan ingin menjana pendapatan RM10,000 setiap bulan!”

Matlamat sebegini adalah lebih tepat dan jelas!

Mempunyai matlamat yang lebih jelas akan memberi keyakinan kepada diri kita sendiri sekiranya kita sering fikirkan dan ulangkan matlamat tersebut dalam kepada kita.

Ianya seakan-akan memberi hala tuju dan sasaran untuk kita fokus pada usaha kita. Apa yang kita perlu lakukan seterusnya adalah…

BERMULA!

Keyakinan diri bukanlah sesuatu yang dimiliki secara semulajadi pada semua orang. Sesetengah kita memang sedia mempunyai keyakinan diri yang tinggi, mungkin dari cara kita membesar.

Seperti saya, saya seorang yang pemalu, pendiam, dan tidak mempunyai keyakinan diri satu ketika dulu. Tetapi, apabila langkah demi langkah, dan sedikit demi sedikit memperbaiki diri saya sendiri, keyakinan diri pun datang!

Banyak tips dan strategi untuk membantu perniagaan kecil-kecilan berkembang DI SINI.

Juga ada cara dan strategi yang berkesan bagaimana untuk membina MINDSET yang sentiasa yakin untuk sustain dan maintain dalam perniagaan GRAB SEKARANG

 

 

 

 

 

 

 

 

 

5 SEBAB KITA SUKAR BERJAYA

Terasa susah untuk berjaya? Memanglah. Kalau kejayaan itu mudah untuk dicapai pastinya semua orang dikeliling kita sudah berjaya mencapai matlamat mereka. Tetapi, itu bukanlah halnya. Ramai yang bergelut untuk berjaya dan terasa sukar untuk mencapainya.

 

Sebabnya? Berikut adalah 5 sebab mengapa kita sukar berjaya dan penyelesaiannya…

  1. Tidak mendapat sokongan

Untuk berjaya, sokongan orang sekeliling amat diperlukan. Tanpa sokongan, mood pun akan hilang, tenaga pun akan berkurangan. Dalam keadaan tidak mendapat sokongan orang dikeliling, kita akan merasakan umpama kita seorang diri sahaja yang inginkan kejayaan. Amat sunyi akan terasa. Apatah lagi sekiranya bukan sahaja tidak mendapat sokongan, tetapi pula mendapat kritikan dan kutukan untuk berjaya.

Penyelesaian: Cari dan sertai kumpulan atau kenalan yang sentiasa positif dalam bidang apa yang anda ingin capai.

  1. Fikir ilmu sudah cukup

Kita fikir ilmu kita sudah cukup untuk berjaya dan tidak memerlukan lagi ilmu tambahan. Adakalanya kita tahu sesuatu ilmu tu, dan dalam hati terdetik “Eleh, aku pun tahu nak buat camtu” tetapi, hakikatnya, TAHU dan LAKUkan adalah dua perkara yang berbeza. Ilmu yang ada dalam diri sendiri sekiranya tidak diamalkan pastinya tidak memberi pulangan apa-apa.

Penyelesaian: Jangan sombong pada ilmu. Amalkan pembelajaran sepanjang hidup. Apa sahaja ilmu yang kita ada kini, hanyalah satu titik dari lautan ilmu yang begitu luas.

  1. Tidak mempunyai matlamat bermakna

Untuk mencapai sesuatu, pastinya perlu mempunyai matlamat. Namun, matlamat yang akan memberi motivasi kepada anda adalah matlamat yang bermakna pada diri anda- matlamat yang benar-benar mempunyai manfaat kepada anda, keluarga atau orang tersayang. Matlamat yang tidak bermakna tidak akan memberi sebarang motivasi untuk jangka masa panjang. Hanya motivasi singkat bak kata, hangat-hangat tahi ayam.

Penyelesaian: Tanyakan soalan utama iaitu mengapa anda ingin mencapai matlamat kejayaan anda. Apakah sebab utamanya yang dapat memberi anda motivasi dan semangat yang berterusan?

  1. Tidak yakin kejayaan boleh dicapai

Adakalanya kita sering berasa ragu-ragu dengan kebolehan diri sendiri untuk melakukan perkara yang hebat. Bukan sahaja tiada sokongan dari orang luar, ini kan pula tiada sokongan dalam diri sendiri bila apa yang kita selalu fikirkan adalah kegagalan, kesusahan, kejatuhan dan ketakutan! Apa yang kita lihat adalah orang lain adalah lebih hebat dari kita dan mereka yang patut berjaya. Bukan kita.

Penyelesaian: Fikir positif sentiasa. Jangan takut pada kegagalan kerana kegagalan akan memberi pengalaman dan ilmu yang amat berharga. Penuhi fikiran dnegan kata-kata positif selalu.

  1. Mudah putus asa

Kejayaan datang dengan pelbagai cabaran. Adakalanya cabaran yang membuatkan kita terasa lemas dan buntu. Ada masanya pula kita tidak tahu lagi apa perlu dilakukan dan hanya memikirkan untuk putus asa oleh kerana tiada lagi jalan penyelesaian dan terasa penat berusaha namun terus gagal.

Penyelesaian: Sering kali kejayaan akan datang hanya sedikit sahaja lagi sebelum putus asa. Apabila dalam keadaan tertekan, di situlah idea yang lebih baik akan datang dan usaha yang lebih hebat akan dipaksa keluar dari diri anda. Jangan putus asa, tetapi cara penyelesaiannya dengan cara yang lain.

 

Pelajari bagaimana mengembangkan perniagaan SOLOPRENEUR ke arah GLOBALPRENEUR dengan modal yang minima? KLIK SINI

Kita hendaklah sentiasa bermindset positif walaupun sukar, minta Allah tetapkan hati, kadang-kadang hati berbolak-balik, untuk mencapai kejayaan. KLIK SINI jika ingin mengetahui lebih lanjut bagaimana teknik dan strategi berkesan untuk mencapai kejayaan.

CARA MENETAPKAN MATLAMAT YANG REALISTIK

Pernah saya baca- semua matlamat adalah realistik. Cuma masa untuk mencapainya  sahaja yang tidak realistik.

Ada betulnya di situ.

 

Matlamat nak jadi jutawan dalam masa 1 tahun? Mungkin kurang realistik untukramai. Tetapi matlamat nak jadi jutawan dalam masa 10 tahun, ianya lebih realistik!

Matlamat nak gandakan keuntungan perniagaan 2-3 kali ganda dalam masa seminggu? Mungkin kurang realistik. Teapi, matlamat meningkatkan keuntungan perniagaan 20-30% dalam masa satu bulan adalah lebih realistik!

Dalam menetapkan matlamat, ianya penting untuk anda tetapkan matlamat yangrealistik. Yang boleh diterima dek akal fikiran. Matlamat yang terlalu besardan terlalu singkat masa untuk mencapainya, akan menyukarkan proses untukmencapainya.

Ini akan terjadi…

  1. Matlamat yang tidak realistik akan dilihat terlalu besar dan sukar untuk dicapai. Mungkin pada awalnya akan rasa seronok dan bermotivasi untukmencapainya, tetapi apabila nampak kesusahan dan cabaran untuk mencapainya, iaakan menjatuhkan motivasi kita dan mudahkan kita untuk putus asa kerana ianya terlalu sukar.
  1. Matlamat yang terlalu besar akan membuatkan kita rasa “overwhelmed” dan terlalu banyak yang perlu difikirkan, seakan terlalu besar dan tidak tahu bagaimana hendak bermula. Terlalu besar, tidak nampak langkah-langkahseterusnya. Terlalu besar tak tak dapat gambarkan cabaran-cabaran yang bakal dilalui.
  1. Matlamat yang tidak realistik juga akan kurang mendapat sokongan dari merekadisekeliling anda. Memang tidak dapat dinafikan, dalam mencapai sesuatumatlamat yang berbaloi, ia memerlukan bantuan dan sokongan pihak lain.Sekiranya pihak lain melihat matlamat anda tidak realistik, dan tidak yakinianya boleh dicapai, mungkin anda tidak akan mendapat bantuan dan sokongan yang anda perlukan.

Ada pepatah mengatakan “Shoot for the stars, if you don’t reach it, you will still land on the moon”

Mengatakan bahawa kita perlu meletakkan matlamat yang tinggi. Sekiranya tidak capai, pastinya pencapaian itu masih tinggi.

Ada benarnya kata-kata ini. Namun, pastikan apa yang dituju masih lagi matlamat yang tinggi untuk dicapai, tetapi realistik dan boleh dicapai.

Dan inilah langkah anda seterusnya…

Satu soalan yang anda boleh fikirkan dalam menetapkan matlamat yang realistik adalah:

Apakah matlamat yang paling besar yang anda boleh tetapkan, yang anda rasakan anda tidak akan gagal mencapainya?

Mulakan dengan soalan ini. Kemudian, beri masa yang cukup untuk mencapai matalamat ini.

Pecahkan matlamat yang besar itu menjadi matlamat-matlamat yang lebih kecil dan bahagikan waktu untuk mencapainya kepada jangka masa yang lebih singkat.

Sebagai contoh, untuk mencapai pendapatan RM1,000,000 dalam masa 1 tahun, mungkin tidak realistik.

Tetapi, untuk mencapai pendapatan RM1,000,000 dalam masa 10 tahun, bererti, menjana pendapatan RM100,000 setahun, bermaksud perlu menjana RM8,333 sebulan dan ini dapat dicapai dengan cara menjana pendapatan RM278 setiap hari!

Inilah yang dimaksudkan dengan matlamat yang realistik dan bagaimana anda boleh mencapainya. RM278 sehari adalah lebih mudah untuk dicapai bukan?

Nak Tahu Kaedah Sebenar Menetapkan MATLAMAT REALISTIK? KLIK SINI

http://bit.ly/2kkNEXq

http://bit.ly/2kkNEXq

http://bit.ly/2kkNEXq

p/s : Ilmu yang sangat mahal takde kat mana-mana KLIK SINI http://bit.ly/2kkNEXq

APA DIA PENGIKLANAN

 

Pengiklanan adalah slogan. Pengiklanan juga boleh di ibaratkan seperti menari dan menyanyi di televisyen. Selain itu, ia juga boleh di ibaratkan seperti memberitahu sesuatu kepada masyarakat mengenai produk anda.

Jika anda berfikir seperti di atas, anda salah.

Pengiklanan bermaksud menjual.

Apabila anda melakukan pengiklanan, anda sedang menjual. Ketika anda beriklan di televisyen, anda sedang menjual kepada penonton iklan tersebut. Begitu juga ketika anda beriklan di surat khabar, anda sedang menjual kepada pembaca surat khabar tersebut.

Jika kita hendak menjual sesuatu secara berhadapan, sudah tentu kita perlu tahu apa yang kita perlu cakap untuk memikat pelanggan. Namun, jika kita ingin menjual melalui pengiklanan, kita perlu tahu apa yang perlu di tulis.

Jadi, matlamat kita di dalam pengiklanan adalah mencari ayat jualan yang benar-benar berkesan. Memandangan ayat jualan adalah seseuatu yang tidak ada jaminan, kita perlu sentiasa mencuba, mencuba dan terus mencuba.

Katakan teknik A menghasilkan 2 jualan dari 100 pelanggan manakala teknik B menghasilkan 3 jualan dari 100 pelanggan. Apabila kita kira dalam skala yang besar, teknik B akan menghasilkan lebih jualan dari teknik A. Namun, jika anda perhatikan, teknik A juga ada hasilkan jualan.

Di sini, anda ada dua pilhan sama ada untuk memperkembangkan teknik A dan dalam masa yang sama membelanjakan lebih wang untuk teknik B atau mematikan teknik A dan menumpu perhatian penuh pada teknik B semata-mata.

Tetapi, dalam masa yang sama anda perlu menghasilkan teknik C dan D untuk mencari ayat jualan yang benar-benar berkesan. Satu yang anda perlu tahu mengenai promosi adalah ia tidak pernah berakhir kerana manusia berubah-ubah. Maka, anda perlu sentiasa mengikut perkembangan semasa untuk menghasilkan ayat jualan yang benar-benar berkesan.

Jika anda ingin bermula dari bawah untuk mencari ayat-ayat jualan yang benar-benar berkesan, saya rasa ia hanya akan membazirkan masa anda. Untuk jimatkan masa, saya rasa lebih baik untuk kita ikut sahaja teknik promosi yang telah terbukti berjaya.

Jika anda nak tau bagaimana seorang pemuda ini melakukan iklan berkesan secara online hanya dari rumah? Anda KLIK DI SINI

Mula-mula jual air tepi jalan, tak lama lepas tu beliau jual produk Affiliate secara online hanya dari rumah dengan hanya menumpu 1 teknik marketing yang efektif.

Apa dia teknik Efektif yang beliau guna? Semuanya beliau cerita di sini KLIK DI SINI 

Jumpa lagi.

ARINA HUSSIN

TRAFFIK

Kebanyakan pemilik bisnes beranggapan perniagaan internet ialah membina laman web kemudian menunggu trafik datang dengan sendiri, malangnya ia tidaklah semudah itu.

 

Untuk memastikan laman web anda berfungsi dengan baik, ia perlulah mempunyai rancangan pemasaran yang komprehensif. Itu tidaklah bermakna anda perlu mengeluarkan belanja ribuan ringgit untuk agensi pengiklanan! Anda boleh melakukan semuanya dengan sendiri.

Kali ini, saya akan kongsikan betapa pentingnya TRAFIK. Bukan sahaja TRAFIK malah ia perlu TARGETED!

Atau dalam bahasa mudah kita sebut TEPAT ke sasaran.

Jika anda nak bisnes anda makin meroket, jualan tak pernah surut, permintaan sentiasa tinggi, bisnes anda bertahan lama, maka WAJIB lah anda tarik TRAFIK sekarang!

Tapi masalahmya, di mana nak cari trafik yang targeted??

Jawapan mudah saya, carilah di laman web paling popular di dunia. Laman paling ramai orang lepak. Apa dia? Contoh Facebook, Google, dan lain-lain.

Dengan mudah anda boleh tarik 1000 2000 5000 10 000 trafik ke landing page anda.

Tapi Bagaimana caranya??

Semua ada dijelaskan di dalam Free Report ini. Rahsia pemuda ini ubah hidup 360 darjah.

Dari jual air tepi jalan, beliau jana pendapatan 5 angka hanya dari rumah.

Baca kisah beliau KLIK DI SINI

Sekian. Jumpa lagi.

ARINA HUSSIN